Tag Archives: Mandi Rawatan

bunga-kenanga-alam-diriKerana ciri-ciri keistimewaan alami yang ada dari bunga kenanga maka kami menggunakan bunga kenangan untuk proses mandi rawatan. Pokok kenanga antara tumbuhan di kawasan hutan di negara ini dengan nama botani cananga odorata. Ia dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan tergolong dalam famili annonaceae.

Ia sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bunganya berbau harum. Ini menyebabkan bunga kenanga sering dikaitkan sebagai pokok haruman. Dulu, bunga kenanga dipetik dan disimpan dalam lipatan kain untuk mengharumkan baju atau rumah. Kini, fungsinya dipelbagaikan termasuk menjadi antara elemen penting sebagai penyeri dekorasi. Minyak wangi atau haruman daripada bunga kenanga tidak kurang menariknya. Baunya dikatakan lebih kuat ketika senja, antara faktor menarik serangga pendebungaan aktif pada waktu itu. ...continue reading

Membersih Dan Menyucikan Hati.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika buruk daging itu, buruklah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati (qalbu).” - Riwayat Al-Bukhari

Demikianlah pentingnya peranan hati bagi manusia, oleh sebab itu manusia wajib menjaga kesucian hatinya. Adapun yang menjadi penyebab kotornya hati manusia itu adalah disebabkan berbagai penyakit yang terdapat padanya sebagaimana dijelaskan oleh firman Allah:

“Di dalam hati mereka ada penyakit”. (Q.S. 2 Al-Baqarah: 10) ...continue reading

Rawatan SakaSaka adalah makhluk ghaib yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut ia juga dikenali sebagai jin, syaitan, khadam atau berbagai nama mengikut tempat atau keadaan seseorang .

Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu atau mengamalkan sesuatu yang membabitkan makhluk tersebut dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. Pada kebiasaannya perjanjian dimenterai antara pemakai dengan makluk tersebut. ...continue reading