Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hisham, Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa`d ketika Nabi berusia antara 2 hingga 4 tahun telah berlaku satu peristiwa yang menakutkan untuk keluarga Halimatus Sa'adiah. Perkara yang dianggap luar biasa bagi orang-orang seperti kita, iaitu tentang pembelahan dada Nabi. Peristiwa itu membuatkan Halimatus takut untuk memelihara Nabi dengan lebih lama.
Peristiwa berlaku ketika Nabi dan anak-anak Halimatus Sa'adiah sedang melihat anak-anak kambing Abu Kabsyah (suami Halimatus Sa'adiah) yang baru dilahirkan. Sedang mereka leka dengan perkara itu, tiba-tiba muncul 2 orang lelaki yang sangat elok rupa parasnya, berpakaian serba putih, dan terus mereka datang mengambil Nabi dan membawanya ke satu tempat berdekatan. Kedua-dua lelaki itu kemudian menidurkan Nabi kemudian membuka baju Nabi dan membelah dada Nabi. Tidak diketahui samada dada Nabi itu dibelah dengan tangan atau menggunakan alat pembedahan. ...continue reading