Kerana ciri-ciri keistimewaan alami yang ada dari bunga kenanga maka kami menggunakan bunga kenangan untuk proses mandi rawatan. Pokok kenanga antara tumbuhan di kawasan hutan di negara ini dengan nama botani cananga odorata. Ia dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan tergolong dalam famili annonaceae.
Ia sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bunganya berbau harum. Ini menyebabkan bunga kenanga sering dikaitkan sebagai pokok haruman. Dulu, bunga kenanga dipetik dan disimpan dalam lipatan kain untuk mengharumkan baju atau rumah. Kini, fungsinya dipelbagaikan termasuk menjadi antara elemen penting sebagai penyeri dekorasi. Minyak wangi atau haruman daripada bunga kenanga tidak kurang menariknya. Baunya dikatakan lebih kuat ketika senja, antara faktor menarik serangga pendebungaan aktif pada waktu itu. ...continue reading