Pengenalan

Apa perlunya Ilmu Mengenal Diri?
Setiap yang ada pasti dapat dikenal dan hanya yang tidak ada yang tidak dapat dikenal. Karena Allah adalah zat yang  wajib adanya, tentulah Allah dapat dikenal, dan kewajipan pertama bagi setiap mukmin adalah terlebih dahulu mengenal kepada tuhannya, barulah ia berbuat ibadah sebagimana kata ulama sufi:


Ertinya: “Awal beragama itu mengenal Allah.

Kenallah dirimu sendiri, sebagai pembuka jalan untuk mengenal Allah sebagaimana sabda Nabi SAW:


Ertinya: “Barangsiapa yang mengenal diri, maka ia akan mengenal tuhan, dan barangsiapa yang mengenal tuhan maka binasalah (fana) akan dirinya.

Lalu diri mana yang wajib kita kenal? Sungguhnya diri kita terbagi dua sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 :


Ertinya : Dan Allah telah menyempurnakan bagimu nikmat zahir dan nikmat batin.
Jadi berdasarkan ayat ini, diri kita sesungguhnya terbagi dua:
1. Diri Zahir (Jasad) yang dapat dilihat oleh mata dan dapat diraba oleh tangan.
2. Diri batin (roh) yang tidak dapat dipandang oleh mata dan tidak dapat diraba oleh tangan, tetapi dapat dirasakan oleh mata hati.

Kerana sedemikian pentingnya peranan diri yang batin ini di dalam upaya untuk memperoleh pengenalan kepada Allah, itulah sebabnya kenapa kita disuruh melihat ke dalam diri sebagimana firman Allah dalam surah Az-Zariat ayat 21:


Ertinya : Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak memperhatikannya.

Apa itu Ilmu Mengenal Diri?
Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan badan, tapi sebenarnya tidak! Diri yang di maksudkan itu ialah "DIRI SEBENAR DIRI", yang duduknya di dalam jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang iaitu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harusnya faham perbezaan dua kata-kata ini, sebelum kita lafazkannya.

Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada dua, iaitu yang dipanggil jasmani (jasad) dan rohani (roh). Ada juga orang memanggil jiwa dan raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.

Jasmani tentunya berbeza dari rohani, jiwa berbeza dari raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita? Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya? Perbezaan inilah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.

Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita inilah di panggil "DIRI" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya JASAD atau BADAN KASAR kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa-apa jika tidak ada "PENGHIDUPNYA" yang duduknya di dalam jasad itu sendiri. Penghidup inilah yang dipanggil DIRI SEBENAR DIRI. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki jasad, oleh itu fahamlah kita bahawa diri sebenar diri ujud sesudah roh berada di dalam jasad.

Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru-guru mengajar kepada murid-muridnya. Semua perguruan ini benar dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuannya satu iaitu untuk mengenal "DIRI SEBENAR DIRI".

Inilah rahsia hidup kita dan "DIRI" inilah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuhnya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat.

Kenalkah "DIRI" tadi kepada Tuhan? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui.
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana.
Dialah Guru Mursyid yang tidak berbentuk dan tidak terbentuk.
Kehidupan sebenar ialah di dalam diri dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian.

Kesimpulannya kenalilah "DIRI" kita ini yang dialah sebenar benar "DIRI" dan kemukakanlah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal dan di kekalkan.

Ilmu Mengenal Diri ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap-tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, haruskah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakannya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita...

PERLU DIINGATKAN Belajar Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan tauhid dan mengESAkan Allah sebagai bekalan di hari akhirat. Jika dunia yang kita kejar, belum tentu akan tercapai tetapi jika akhirat yang kita kejar, dunia akan ikut bersama. Janji Allah itu PASTI.

Belajar Ilmu Mengenal Diri Ini:
BUKAN untuk menjadi hebat.
BUKAN untuk menjadi kuat.
BUKAN untuk dapat melihat alam ghaib.
BUKAN untuk ghaib dari pandangan.
BUKAN untuk dapat berjalan di atas air.
BUKAN untuk boleh terbang.
BUKAN untuk menjadi bomoh.
BUKAN untuk menjadi kebal dan sebagainya...


~Surah At-Tin ayat 4~

Persoalannya: Dimanakah yang dikatakan bahawa manusia ini adalah sebaik-baik kejadian? Marilah kita sama-sama fikir dan kaji.

Renung Kembali Kisah Ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan jasad Adam dan jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan roh untuk masuk ke dalam jasad Adam, dan bertanyalah akan roh kepada Allah "Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" Maka Allah pun menjawab: "Masuklah melalui mana-mana yang kau senangi" dan seterusnya roh memasuki jasad Adam melalui hidung dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.

Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila roh masuk ke dalam jasad barulah jasad hidup atau juga di panggil bernyawa.

Diri Sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "DIRI" atau jelasnya "DIRI" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.

Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi seperti jasadnya sendiri. Maka dengan sebab inilah "DIRI" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.

Cahaya (DIRI) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dialah yang menjadi "penghidup" kepada jasad. Dialah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.

Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan kenallah anda akan Tuhan, seperti kata ahli falsafah islam yang telah merumuskan bahawa" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenallah ia akan Tuhan"

"Alastu Bi Rabbikum?` "Qaalu, Bala Syahidna" adalah pertanyaan Allah subhana wa ta'ala dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia berdasarkan firman Allah:


~Surah Al-A'raf, ayat 172~