Belajar Ilmu Mengenal Diri

Diri sebenar DiriBagi yang berminat untuk Mempelajari Ilmu Mengenal Diri mengikut kaedah Alam Diri, adalah perlu dimulakan dengan menyucikan diri zahir dan batin dengan Mandi Rawatan. Setelah sekurang-kurangnya seminggu selepas Mandi Rawatan barulah boleh mula mempelajari Ilmu Mengenal Diri mengikut kaedah Alam Diri. 

Kaedah Mempelajari Ilmu Mengenal Diri:
Ada berbagai kaedah untuk mengenal diri dari berbagai aliran, namun mengikut kaedah Alam Diri, anda perlu untuk dimandikan sebanyak tujuh kali pada malam jumaat iaitu selama tujuh minggu (dinamakan sebagai mandi 7) dan akan dikhatamkan setelah itu. Kelihatannya masa yang diambil untuk belajar terlalu singkat, tetapi Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak untuk anda memahaminya kerana hanya Allah yang dapat memberi faham.

Antara tujuan menyucikan diri sebanyak tujuh kali itu adalah untuk memahami dan meningkatkan darjat setingkat demi setingkat akan tujuh tingkatan nafsu iaitu:

  • Nafsu Ammarah ( Jahat )
  • Nafsu Lawwamah ( Mencela )
  • Nafsu Mulhamah ( Ilham )
  • Nafsu Mutmainnah ( Tenang )
  • Nafsu Radhiah ( Redha )
  • Nafsu Mardhiah ( Meredhai )
  • Nafsu Kamilah ( Sempurna )

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk mandi 7.

  • Minyak attar kasturi,
  • Limau nipis atau limau purut,
  • Bunga kenanga atau bunga cempaka putih,
  • Sedikit serbuk kemenyan (dicampurkan dalam air mandian)

Apa yang akan anda dapat setelah khatam ?

  • Dapat mengingat, mentauhid dan mengEsakan Allah setiap masa dan ketika.
  • Terhindar dari syirik jali dan syirik khafi.
  • Akan bertemu dengan guru mursyid di dalam diri.
  • Dapat merawat diri sendiri, keluarga, sahabat dan orang yang memerlukan.
  • Dapat mengunci diri dari sebarang gangguan jin dan dengki khianat manusia.
  • Urusan kehidupan seharian akan lebih mudah atas kehendak Allah.
  • Akan terus dibimbing tentang kaedah rawatan dari masa ke semasa.

Apa yang tersenarai ini hanyalah sebahagian cerita secara umum sahaja, setelah mengalami sendiri barulah anda akan tahu dengan lebih lengkap kerana ianya adalah suatu "RASA" yang sukar untuk diceritakan dan digambarkan. Seumpama bagaimana anda hendak menceritakan yang anda sedang memakai baju berwarna hijau kepada orang yang cacat pengelihatan sejak dilahirkan. Hanya yang sudah mengalami akan dapat merasainya.

Hadis Nabi: LA YA ZUK, WALA YA ARIF
Maksudnya: Hanya yang menikmati sahaja yang tahu rasanya.
Hadis Qudsi: ANA SIRRI WA ANA SIRRUHU
Maksudnya: Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku.
LAA MAUJUD BIHAQQI  ILLALLAH
Maksudnya: Tiada yang wujud hakiki, selain Allah.

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah mengira-ngira saja. Sesungguhnya Rabbmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang orang yang mendapat petunjuk. [Surah Al-An’am Ayat:116-117]

TAFSIR RINGKAS
Ketahuilah wahai Rasulullah! Sesungguhnya “jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah,” maksudnya seandainya kamu (wahai Muhammad) mendengarkan, mengambil dan mengikuti pendapat atau saran-saran mereka, maka mereka akan menyesatkanmu secara nyata dari jalan Allah Azza wa Jalla . Penyebabnya adalah sebagian besar dari mereka tidak memiliki pengetahuan dan ilmu yang haq. Seluruh apa yang mereka ucapkan berasal dari hawa nafsu dan bisikan syaitan.

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah mengira-ngira saja.” Sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti perkataan-perkataan yang berasal dari prasangka-prasangka mereka. Tidaklah mereka berbicara kecuali hanya dengan mengira-ngira saja dan berdusta.

“Sesungguhnya Rabbmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang orang yang mendapat petunjuk.” Cukuplah bagimu pengetahuan Allah Azza wa Jalla tentang mereka dan Dia-lah yang Maha Mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan siapa yang mendapatkan petunjuk.

Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia INGAT kepada-Ku. Jika dia INGAT kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia INGAT kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)

Soalnya bagaimana mahu INGAT, jika belum KENAL? Inilah yang akan dipelajari. KENAL Allah barulah dapat sebenar-benar INGAT Allah.

Mahar untuk belajar Ilmu Mengenal Diri ini akan diberitahu setelah pertemuan diatur, ini adalah supaya anda mendapat maklumat yang lengkap sebelum satu persetujuan dicapai untuk belajar ilmu ini. Kami tidak dapat memberi maklumat lengkap di web ini kerana ditakuti ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan meniru kaedah kami sedangkan mereka bukan ahli persatuan dan tidak mempelajari kaedah ini dengan betul dan menyampaikan dalam keadaan tidak lengkap dan sempurna.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu".
[Surah Saba' Ayat 47]

PERLU DIINGATKAN Belajar Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan tauhid dan mengesakan Allah sebagai bekalan dihari kemudian. Jika dunia yang kita kejar, belum tentu akan tercapai tetapi jika akhirat yang kita kejar, dunia akan ikut bersama. Janji Allah itu PASTI.

Belajar Ilmu Mengenal Diri Ini:
BUKAN untuk menjadi hebat
BUKAN untuk menjadi kuat
BUKAN untuk dapat melihat alam ghaib
BUKAN untuk ghaib dari pandangan
BUKAN untuk dapat berjalan di atas air
BUKAN untuk boleh terbang
BUKAN untuk menjadi bomoh
BUKAN untuk menjadi kebal dan sebagainya.


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangandan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnyanegeri akhirat ituialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)
[Surah Al-Ankabut Ayat 64]

Dailog antara Rasulullah dan Sahabat:

Sahabat Bertanya kepada Rasulullah S.A.W :
"Ya Rasulullah, Amalan apakah yang lebih Utama?"
Rasulullah S.A.W menjawab : "Ilmu Mengenal Allah Azzawajalla"
Sahabat Bertanya lagi : "Amalan Apa yang Baginda kehendaki?"
Rasulullah S.A.W Menjawab :
"Ilmu Mengenal ALLAH yang bertasbih kepada Nya segala Sesuatu.
Sahabat Bertanya kembali :
"Kami menanyakan tentang amal, tetapi Baginda menjawab tentang Ilmu"
Maka Baginda Rasulullah S.A.W menjawab : "Bahawasanya sedikit amal adalah bermanafaat bila di sertai Ilmu Mengenal Allah dan Bahawasanya banyaknya Amal tidaklah bermanafaat bila TIDAK di sertai Ilmu Mengenal Allah" ( HR. Ibnu Birr dari Anas R.A )

Awaluddin Makrifatullah - Awal beragama itu mengenal Allah, untuk mengenal Allah kenalilah siapa diri kita dahulu sama ada kita ini hamba atau tuan? Selaku hamba adakah tingkah laku kita selayak hamba atau cuma bermain di bibir sahaja? Ikhlas yang banyak tingkatannya itu akan meletakkan kita di tahap mana kedudukan. Tiada tuhan melainkan Allah (LA ILAHA ILLALLAH) zikir kita, benarkah begitu? Nabi Muhamad s.a.w pesuruh Allah, bagaimana bentuknya iman kita dalam mengenal dan mentaati saranan baginda?

Al-Quran sebagai panduan hidup. Adakah benar kita berpandukannya secara keseluruhannya? Hidup ini kerana Allah (dikeranakan Allahlah kita dapat hidup) fahamilah maksud "KERANA ALLAH" itu dengan mendalam berdasarkan TAUHID. Ini didasarkan bahawa tiada sedikit pun kekuatan walaupun sebesar zarah pada makhluk melainkan dengan kehendak Dia.


(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dan dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.
~Surah Al Ankabut Ayat 49

Jadi, kejadian roh memang sudah lengkap dan sempurna ketika ditiup (oleh Jibrail a.s ketika janin berumur 4 bulan) atau di ”tiup” oleh Allah S.W.T ketika menjadikan Adam A.S . Oleh itu “soft copy” Al-Quran itu sudah ada di dalam dada manusia, lantas sudah tentu mudah untuk “mengaji” (kaji, gali, selidik, ingat, tafakur, tadabbur, hafal dan lain-lain) Al-Quran ini seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam surah Al Qamar ayat 17 yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?“

Jadi, proses Innalillahi (dari Allah s.w.t kepada kita) sudah disempurnakan - malah Al-Quran itu sendiri datangnya dari Zat (dalam ilmuNya yang azali).


Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkatkan gunung (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada didalamnya, agar kamu bertakwa". Surah Al Baqarah Ayat: 63

Renungkanlah: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "BERTAFAKUR sejenak adalah lebih baik daripada BERIBADAT setahun" Soalnya tafakur yang bagaimana yang baginda maksudkan??

Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya dan jika perlu satu temujanji untuk penerangan lanjut akan diatur Ini bertujuan agar anda mendapat maklumat yang jelas tentang kaedah yang kami jalankan. Setelah anda mendapat penerangan tersebut, samada setuju atau tidak tanyalah kepada diri anda sendiri untuk jawapannya. Tiada sebarang paksaan dari kami.