Umum

Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular. ...continue reading

bunga-kenanga-alam-diriKerana ciri-ciri keistimewaan alami yang ada dari bunga kenanga maka kami menggunakan bunga kenangan untuk proses mandi rawatan. Pokok kenanga antara tumbuhan di kawasan hutan di negara ini dengan nama botani cananga odorata. Ia dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan tergolong dalam famili annonaceae.

Ia sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bunganya berbau harum. Ini menyebabkan bunga kenanga sering dikaitkan sebagai pokok haruman. Dulu, bunga kenanga dipetik dan disimpan dalam lipatan kain untuk mengharumkan baju atau rumah. Kini, fungsinya dipelbagaikan termasuk menjadi antara elemen penting sebagai penyeri dekorasi. Minyak wangi atau haruman daripada bunga kenanga tidak kurang menariknya. Baunya dikatakan lebih kuat ketika senja, antara faktor menarik serangga pendebungaan aktif pada waktu itu. ...continue reading

Ilmu Mengenal Diri - Alam Diri

Kewajiban Menuntut Ilmu
Nabi bersabda: ”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim”. (HR. Ibnu Majah)

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW dengan tegas menyatakan bahwa menuntut ilmu itu hukumnya wajib atas setiap muslim, bukan bagi sebahagian orang muslim saja. Lalu, “ilmu” apakah yang dimaksud dalam hadis ini? Penting untuk diketahui bahwa ketika Allah Ta’ala atau Rasul-Nya Muhammad SAW menyebutkan kata “ilmu” saja dalam Al Qur’an atau As-Sunnah, maka ilmu yang dimaksud adalah ilmu agama, termasuk kata “ilmu” yang terdapat dalam hadis di atas.

Ilmu membuat seseorang jadi mulia, baik di hadapan manusia juga di hadapan Allah:
”Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al Mujaadilah [58] : 11) ...continue reading

7 Peringkat nafsuSebelum berbicara mengenai 7 tingkatan nafsu mari kita membahas dahulu apa sebenarnya "Nafsu" itu? Nafsu merupakan suatu keinginan manusia kepada sesuatu. Pada dasarnya wajar setiap manusia memiliki keinginan akan sesuatu selama tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT.

Namun kebanyakan dari kita mengertikan nafsu itu dari sudut negatif. Mungkin setelah dijelaskan mengenai 7 tingkatan nafsu, kita boleh memahami nafsu dari segi positifnya. Namun ketika ini sedikit sekali orang yang manggunakan nafsunya untuk mendekatkan diri pada Allah SWT. Padahal jika nafsu boleh diperintah dengan baik, boleh mengubah hati manusia dari keruh menjadi sangat jernih. ...continue reading

Membersih Dan Menyucikan Hati.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika buruk daging itu, buruklah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati (qalbu).” - Riwayat Al-Bukhari

Demikianlah pentingnya peranan hati bagi manusia, oleh sebab itu manusia wajib menjaga kesucian hatinya. Adapun yang menjadi penyebab kotornya hati manusia itu adalah disebabkan berbagai penyakit yang terdapat padanya sebagaimana dijelaskan oleh firman Allah:

“Di dalam hati mereka ada penyakit”. (Q.S. 2 Al-Baqarah: 10) ...continue reading