Informasi

Syariat, Tarikat, Hakikat Dan MakrifatKekeliruan sering wujud di dalam memahami apa itu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Ramai yang mungkin masih dalam kekeliruan tentang perbezaan diantara Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.

Kebingungan bertambah ketika kebanyakkan ilmu di antara fahaman Tasawuf atau Mazhab-mazhab ilmu Fiqah yang semakin memperuncing perbezaan diantara ilmu tersebut. Padahal, masing-masing merupakan jalan menuju kepada "Keikhlasan dengan Allah s.w.t." dengan kaedah-kaedah ilmu yang berbeza. Tujuan atau matlamat kesemuanya adalah sama iaitu menuju kepada Allah, satu-satu Zat yang wajib di Tauhidkan, di Esakan, di Makrifatkan dengan penuh "Keikhlasan". ...continue reading

makam-wali-waliDari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kita sering mendengar hadis di atas yang di bawakan oleh ustaz-ustaz kita di TV, Radio di internet dan sebagainya. Persoalannya sekarang adakah kita benar-benar faham apa yang di maksudkan oleh hadis di atas?

Dalam hadis di atas menerangkan bahawa apabila telah meninggalnya seseorang manusia, tiadalah apa apa yang dapat menolongnya kecuali tiga perkara sahaja iaitu:
1. Sedekah jariah yang di berikan semasa hidupnya.
2. Segala ilmu yang baik yang di ajarkan kepada orang semasa hidupnya.
3. Doa anak yang soleh/solehah terhadap ibubapanya yang di tingalkannya. ...continue reading