Rawatan Dan Perubatan

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah orang biasa seperti anda. Sebagai khidmat kepada masyarakat kami mengendalikan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan saka,
Terkena sihir,
Pulih rumah,
Pulih kedai,
Rawatan terkena santau,
Berbagai masalah berkaitan ilmu hitam.

Dan:
Membersih dan menyucikan hati,
Diri terasa "berat" kerana pada masa lalu banyak menuntut ilmu bukan haq.

Serta:
Rawatan pemulihan dadah,
Masalah hubungan dalam rumahtangga,
Masalah anak down syndrom,
Kanser (sebelum menjalani pembedahan),
Dan lain-lain masalah penyakit fizikal dan misteri.

Membersih Dan Menyucikan Hati.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika buruk daging itu, buruklah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati (qalbu).” - Riwayat Al-Bukhari

 

Apa yang disebut dalam ayat-ayat di atas adalah berkenaan hati yang sejahtera, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah. Hanya hati yang suci ini sahaja yang akan selamat dunia dan akhirat. Hanya hati yang suci ini mampu menghadapi sakaratul maut. Hanya hati yang sejahtera ini dapat ketenangan di dalam kehidupan. Hanya hati yang tenang ini akan memperoleh keampunan dan rahmat Ilahi.

Untuk mendapat hati yang sejahtera dan bebas daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah (sifat-sifat kekejian) dan memperoleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seseorang wajib menyucikan dirinya. Secara zahirnya apakah cara menyucikan diri selain dari mandi?

Allah Menurunkan Penyakit dan Penawarnya :
Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW:
“ALLAH telah menurunkan penyakit dan penawarnya dan Dia telah menentukan setiap penawar untuk setiap penyakit. Jadi rawatlah dirimu sendiri dengan menggunakan ubat-ubatan sekuat usahamu, tetapi jangan menggunakan sesuatu yang jelas-jelas dilarang.” (HR. Abu Dawud dari Abu Al-Darda).

"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua (mati)" (HR. Abu Daud)

"Sesungguhnya, bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah" (HR. Imam Muslim)

"Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit kecuali diciptakan juga bersama ubatnya, melainkan satu penyakit sahaja iaitu penyakit tua (mati)" (HR. Usamah Bin Syarik)

Al-Fatehah itu penawar untuk semua penyakit kecuali maut. (HR. Ibnu Rahwiyah)

Hadis-hadis di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa satu-satu penyakit tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan/jin di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah kerana jin akan merosakkan sistem badan kita.

Kata Ibnu Abidin Dalam Catatannya :
“Mengenal ikhlas, ujub, riak, dengki, adalah fardhu ain, begitu juga mengenal penyakit-penyakit jiwa seperti sombong, bongkak, dendam, penipu, pemarah, membuat permusuhan, dendam, tamak, bakhil, boros, pengkhianatan dan wah-wahan, sombong terhadap kebenaran, pengkhianatan, keras hati dan panjang angan-angan, dan sebagainya merupakan penyakit hati, yang didedah dalam seperempat kitab bab perilaku yang menghancurkan, oleh Al-Ghazaly dalam kitab Al-Ihya’ disebutkan, “Sudah tidak ada alasan lagi untuk menolak, seharusnya siapa pun mempelajari penyakit-penyakit itu sebagai kewajipan.” - Hasyiyah Ibnu Abidin

Berkata Shaikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani :
"Telah diketahui bahwasanya tiap-tiap orang yang tidak mengambil daripada sheikh ahli sufi yang menunjukkan kepada jalan yang mengeluarkannya daripada segala sifat tercela, yakni segala maksiat yang batin seperti riak, ujub, takbur, hasad, kasih kepada dunia, bakhil dan barang sebagainya, maka adalah dia melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala dan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam kerana dia tidak akan mendapat petunjuk bagi mengubati segala penyakit batin itu melainkan dengan syeikh walaupun dia menghafaz kitab di dalam ilmu yang lain daripada ilmu tasauf itu sekalipun." - Masyariq Al-Anwar Al-Qudsiyyah

Petikkan Catatan Ringkas Shahidan Radiman :
Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam . Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik...

Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain. Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu . Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut. Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq!

Shahidan Radiman
Prof Shahidan Radiman
Faculty Member :
National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.
QUALIFICATIONS :
BSc (Theoretical Physics )-Univ. of London , 1982
PhD (Experimental Physics )- Univ. of Cambridge, 1990
SPECIALISATIONS :
Nanomaterial Synthesis and Applications, Soft –Condensed Matter and Small-Angle Scattering techniques.

Persediaan Rawatan:
Pesakit dikehendaki menyediakan sepasang pakaian (baju dan seluar atau kain) yang telah dipakai dan diperbuat dari kain kapas atau kain yang bila dibakar tidak bergetah yang masih boleh dipakai. Baju ini akan dipakai diawal rawatan dan akan dibakar kemudiannya untuk mengembalikan unsur kejadian (api balik kepada api).

Baju kemeja bagi lelaki dan blaus bagi wanita untuk dipakai selepas mandi rawatan, Tidak digalakkan memakai kemeja T atau baju melayu kerana untuk mengelak terkena muka ketika memakai baju.

Pesakit hendaklah bersih dari hadas besar ketika rawatan kerana perlu untuk membaca surah Al-Fatehah.

Kaedah Rawatan:

  • Mandi Rawatan - Masanya adalah pada hari khamis malam jumaat selepas jam 12 tengah malam.
  • Pesakit akan dibimbing untuk merawat diri sendiri dan memohon terus kepada Allah Taala semasa rawatan dengan mengikut bacaan yang dibaca oleh pengendali.
  • Rawatan menggunakan Ilmu Haqq.
  • Tiada unsur khurafat, penggunaan khadam dan jin.
  • Cara rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah islam.
  • Pesakit perlu dimandikan untuk menyucikan diri zahir dan batin.
  • Khidmat nasihat percuma selepas rawatan. Pesakit dikehendaki terus berhubung dengan perawat untuk tujuan tersebut.

Kos Rawatan: 
Sila berhubung terus dengan kami untuk berunding tentang kos rawatan. Ianya juga bergantung kepada keadaan pesakit dan jenis penyakit.

Bahan-bahan yang diperlukan yang diperlukan untuk rawatan.

  • Minyak attar kasturi.
  • Limau nipis atau limau purut.
  • Bunga kenanga atau bunga cempaka putih.
  • Sedikit Kemenyan.
  • Bahan lain mengikut keperluan pesakit.

Semua bahan-bahan ini akan kami akan sediakan, pesakit atau keluarga pesakit tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan bahan-bahan tersebut.

Lain-lain Maklumat:
Rawatan adalah untuk membersih dan menyucikan hati kerana segala penyakit berpunca dari hati yang tidak bersih. Allah Taala turunkan malaikat untuk membelah dada Nabi Muhammad s.a.w dan membuang kekotoran dalam hati Nabi. Maka dengan izin Allah terciptalah kaedah ini untuk membersih dan menyucikan hati supaya terbuka hijab dan mudah menerima ilham dari Allah.

Didalam Fiqh Al-Sirah karangan Muhammad Sa`id Ramadan Al-Buti ada menyebut bahawa pembedahan tersebut adalah untuk membersihkan hati Baginda dari segi fizikal hati tersebut dan juga rohani, ia juga sebagai cara Allah swt mempersiapkan Baginda untuk menerima Wahyu kelak juga sebagai insan yang mak'sum.

Mandi rawatan atau disebut mandi 21 ini akan menimbulkan sifat 20 dalam diri yang selama ini sememangnya telah ada dalam diri tetapi tidak dapat dikendali kerana tidak tahu dan tidak belajar, ianya juga adalah haq diri sendiri, ianya juga untuk untuk membangkitkan diri sebenar diri.

Doa atau permohonan semasa mandi juga meliputi untuk seluruh ahli keluarga pesakit, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kawan-kawan. Pesakit sendiri yang akan merawat diri sendiri dan memohon terus kepada Allah Taala dengan kendalian dari pengendali rawatan.